Melihat Keindahan Pencipta Keindahan

May192013
Melihat Keindahan Pencipta Keindahan Seindah mana pun Syurga, ia tidak seindah Pencipta Syurga. Manakala kenikmatan Syurgawi tidak setara dengan kenikmatan memandang zat Allah SWT. Daripada Suhaib al-Rumi, Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Apabila ahli Syurga telah memasuki Syurga, dan ahli Neraka memasuki Neraka, Allah SWT berfirman kepada ahli Syurga: 'Mahukah kamu Aku tambahkan lagi?' Ahli Syurga berkata: 'Ya Allah, kenikmatan apa lagi yang akan... [Read More]

Berkumpul Di Dunia, Berkumpul Kembali Di Syurga

May192013
Berkumpul Di Dunia, Berkumpul Kembali Di Syurga Hari raya ialah hari yang bahagia. Semua petanda kegembiraan jelas terlihat pada hari itu. Rumah berhias rapi, baju baharu dipakai dan bermacam-macam juadah juga tersedia. Namun, kebahagiaan yang sebenar bukanlah terletak pada perkara-perkara lahir dan zahir ini. Kebahagiaan hari raya hanya lengkap apabila semua anggota keluarga, sanak saudara dan rakan taulan berkumpul kembali, terutamanya orang... [Read More]

Beraya di Syurga

May172013
Beraya Di Syurga Setiap bangsa di dunia ini mempunyai hari raya yang mereka raikan. Hari yang sangat istimewa dan berbeza berbanding hari-hari lain. Pada hari itu, mereka bergembira bersama orang-orang yang dekat di hati. Begitu jugalah umat Islam. Bagi mereka, terdapat tiga hari raya untuk diraikan. Setiap daripada tiga hari itu disebut 'Id', yang bermakna suka ria dan gembira. Salah satu daripadanya... [Read More]

Sutera Hijau Pakaian Ahli Syurga

May162013
Sutera Hijau Pakaian Ahli Syurga Sebelum ini, kita telah berbincang tentang rupa paras ahli Syurga yang sangat tampan dan cantik. Dalam kesempatan kali ini, kita akan melihat bagaimana keindahan semula jadi itu disaluti dengan perhiasan yang sangat mewah. Maka, ahli Syurga berada dalam keindahan atas keindahan. Sehingga setiap daripada mereka menjadi keindahan yang tiada bandingannya. Allah SWT berfirman maksudnya: "Mereka itu (orang yang)... [Read More]

Cantik Akhlak Di Dunia, Cantik Rupa Di Akhirat

May152013
Cantik Akhlak Di Dunia, Cantik Rupa Di Akhirat Kita pernah berbincang tentang rupa buruk ahli Neraka. Dalam kesempatan kali ini, kita akan berbincang tentang keindahan rupa bentuk ahli Syurga lelaki dan wanita. Berkenaan dengan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya rombongan pertama yang akan masuk ke Syurga, rupa mereka seperti bulan pada malam purnama. Rombongan berikutnya laksana bintang yang sangat terang... [Read More]
 
Back to top